"Sesiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah meskipun dosa itu seluas lautan." (Hadith Riwayat Tirmizi)
Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu Dhuha, iaitu pada saat matahari naik lebih kurang setinggi galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hingga matahari berada tepat di tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).
Solat sunat Dhuha boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat atau 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat. Setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.
Cara melakukan solat Dhuha :
Lafaz niatnya, "Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala".
Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syams.
Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha.
Doa yang dibaca setelah selesai solat,

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu.

P/S: Jika selalu, kita boleh pergi minum pagi dalam pukul 10.00, maka elok juga jika waktu itu dimanfaatkan sedikit untuk mengerjakan solat dhuha.
No comments:
Post a Comment