MENURUT sejarah, orang yang mula membuka Gerik ialah Tun  Saban iaitu anak Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun  ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban  berhijrah ke Hulu Patani sebelum berpindah ke Belum, Gerik. Beliau  menjadi ketua masyarakat di Belum.
Gerik bersempadan dengan Negeri Reman di Utara Semenanjug. Raja Reman menceroboh  ke Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh (Pengkalan Hulu).  Menjelang kurun ke-19, sebahagian besar daerah Gerik ditakluki  Raja Reman. Pada tahun 1902, sistem pemerintahan beraja di Reman  dihapuskan oleh kerajaan Siam dan Gerik menjadi jajahannya.
Namun, pada 9 Julai 1902, kerajaan Siam membuat perjanjian dengan  kerajaan Inggeris untuk menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan  Terengganu. Perjanjian  itu ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor  Negeri-negeri Selat). 
Antara syarat  perjanjian menuntut kerajaan Siam menyerahkan semua Gerik yang diambil Raja Reman kepada Perak. Istiadat penyerahan Gerik berlangsung di  Kroh pada 16 Julai 1909.
 Kira-kira  seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang dikenali sebagai Gerik masih diliputi oleh hutan belantara dan masih terletak di bawah  pemerintahan Raja Reman. 
Dalam tahun 1870 beberapa orang datang  dari Patani mengikut Sungai Hangai lalu membuka hutan di Kuala Sungai  tersebut untuk dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh Tok Ad (Tok Saad).
Tidak beberapa lama kemudian, Raja Reman yang juga mengguna gelaran Tuan Jagong, datang  berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran Kuala Kenderong. Mereka  mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ terdapat sebuah kampung di tengah-tengah hutan.
Ketika  Raja Reman tiba di kampung terbabit, baginda mendengar bunyi  pelik dari celah rumpun buluh. Baginda kemudian memerintahkan  orangnya supaya memagar kawasan berkenaan dan menggalinya bagi merungkai misteri bunyi terbabit.
Setelah  habis digali, maka kelihatan  berpuluh ekor dekan sedang mengerit (memakan) umbi buluh. Oleh sebab umbi buluh itu sangat  keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit.
Raja  Reman kemudian menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan Gerit itu  dipakai beberapa lama tetapi orangnya kemudian mengubah sebutan dan ejaan daripad Gerit kepada Grik, kemudiannya  menjadi Gerik seperti yang digunakan sekarang.






salam...saya pun anak kelahiran gerik...
ReplyDeletemohon share untuk blog saya...
http://lambdaspin.blogspot.com/2011/09/sejarah-gerik-perak.html#more
Salam.
ReplyDeleteOrg tua sy dedua asal grik. Dia selalu cite pasal Tuan H.Berkeley...Dulu D.O grik tuan Berkeley rajin pg kg padang kunyit..