Tuesday, October 19, 2010

SOUND BITES - DOA ELAK SANTAU



Ilmu santau merupakan ilmu hitam yang masih wujud dalam dunia moden masakini. Ia merupakan ilmu racun yang ditapa dan kaedah pembuatannya menerusi amalan warisan saka digunakan untuk menyiksa dan membunuh seseorang.

Santau yang cukup terkenal di negara ini amat menggerunkan kerana kesannya boleh menyebabkan maut. Malah perubatan moden sehingga kini tidak mampu merungkai misteri penyakit ini.

Lazimnya ia dikenakan melalui minuman atau makanan. Namun ada juga yang dihantar melalui angin dengan perantara jin/syaitan pemilik ilmu berkenaan.

Bahan yang digunakan sebagai ramuan santau ialah darah katak bertanduk, miang buluh, kaca, getah beracun, bisa binatang dan sebagainya.

Bagi menghindari diri dari ancaman ilmu santau, umat Islam digalak mengamalkan Bismillah 6 setiap masa khususnya selepas solat Maghrib dan Subuh.

Monday, October 18, 2010

ISMAIL ALI SAKIT


Wakil Persatuaan Anak Gerik Di Perantauan (Pagar) kini berada di Kg Padang Kunyit  bagi menziarah saudara Ismail Ali yang terlantar sakit. Sebagai tanda prihatin kami, pihak persatuan juga akan menghulukan sedikit sumbangan wang tunai bagi meringankan beban Ismail sekeluarga.








Saturday, October 9, 2010

PERSATUAN & MEDIA


SOUND BITE - KETUM





Ketum adalah pokok yang berasal dari kawasan Asia Tenggara. Ia tergolong dalam keluarga pokok kopi. 

Daun ketum lazim digunakan sebagai perangsang, sebagai ubat penenang, untuk rileks atau rehat, sebagai ubat penahan sakit, ubat mengatasi cirit birit dan rawatan untuk penagihan heroin.

Ia boleh dikunyah dalam bentuk daun segar atau serbuk. Ia juga boleh direbus seperti teh, ataupun dihisap. Serbuk daun ketum boleh diperah dan dicampur dengan jus buah-buahan untuk mengurangkan rasa pahitnya.

Ketum telah diharamkan penggunaannya oleh kerajaan Malaysia, Australia, Thailand dan Myanmar.

Friday, October 8, 2010

ANAK GERIK BUKA OFFICE GUAMAN

Rahimi Ramli merupakan alumni pelajar sulung Kelas Khas Agama di SMSIS II
RAHIMI & CO, NO 57 A,JLN LABROOY,TAMAN MERDEKA, 05-5060018

 

LOGO PERSATUAN


Motto:  TAAT,SETIA & SABAR
 
Keseluruhan logo direkabentuk berdasarkan konsep kesejahteraan & kesederhanaan.

Ia direka di bawah naungan sepasang gading gajah yang menjadi identiti Gerik dan Daerah Hulu Perak.

Ia bermaksud pengurusan di bawah kawalan.



SOUND BITES - IKAN LOMA

Ikan Loma atau atau nama saintifiknya Thynnichthys thynnoides merupakan ikan air tawar. 

Spesis ikan ini selalunya bergerak dalam kumpulan yang besar dan mudah didapati terdapat dalam tasik atau lombong. Diet utama ikan loma adalah plakton dan tumbuhan air.

Bentuk ikan ini seperti ikan Tongsan atau ikan Temelian malah dipanggil ikan Tongsan Loma. 

Saiznya boleh menjadi mencapai sehingga 0.6 meter.  Di Malaysia, ikan ini boleh ditemui di sepanjang Sungai Perak, khususnya di Gerik .







Sunday, October 3, 2010

SEJARAH GERIK

MENURUT sejarah, orang yang mula membuka Gerik ialah Tun Saban iaitu anak Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melaka pada awal kurun ke-16. Semasa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Tun Saban berhijrah ke Hulu Patani sebelum berpindah ke Belum, Gerik. Beliau menjadi ketua masyarakat di Belum.

Gerik bersempadan dengan Negeri Reman di Utara Semenanjug. Raja Reman menceroboh ke Gerik dan menawan Klian Intan dan Kroh (Pengkalan Hulu). Menjelang kurun ke-19, sebahagian besar daerah Gerik ditakluki Raja Reman. Pada tahun 1902, sistem pemerintahan beraja di Reman dihapuskan oleh kerajaan Siam dan Gerik menjadi jajahannya.

Namun, pada 9 Julai 1902, kerajaan Siam membuat perjanjian dengan kerajaan Inggeris untuk menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Perjanjian itu ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat).

Antara syarat perjanjian menuntut kerajaan Siam menyerahkan semua Gerik yang diambil Raja Reman kepada Perak. Istiadat penyerahan Gerik berlangsung di Kroh pada 16 Julai 1909.


 Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang dikenali sebagai Gerik masih diliputi oleh hutan belantara dan masih terletak di bawah pemerintahan Raja Reman.
Dalam tahun 1870 beberapa orang datang dari Patani mengikut Sungai Hangai lalu membuka hutan di Kuala Sungai tersebut untuk dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh Tok Ad (Tok Saad).

Tidak beberapa lama kemudian, Raja Reman yang juga mengguna gelaran Tuan Jagong, datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran Kuala Kenderong. Mereka mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ terdapat sebuah kampung di tengah-tengah hutan.
Ketika Raja Reman tiba di kampung terbabit, baginda mendengar bunyi pelik dari celah rumpun buluh. Baginda kemudian memerintahkan orangnya supaya memagar kawasan berkenaan dan menggalinya bagi merungkai misteri bunyi terbabit.
 
Setelah habis digali, maka kelihatan berpuluh ekor dekan sedang mengerit (memakan) umbi buluh. Oleh sebab umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit.
Raja Reman kemudian menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan Gerit itu dipakai beberapa lama tetapi orangnya kemudian mengubah sebutan dan ejaan daripad Gerit kepada Grik, kemudiannya menjadi Gerik seperti yang digunakan sekarang.

PINJAMAN RM10 JUTA UNTUK KOPERASI BERDAYA SAING


BERA: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersedia meluluskan pinjaman sehingga RM10 juta dengan kadar faedah yang rendah kepada koperasi berdaya saing serta menjalankan perniagaan yang boleh memberikan keuntungan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain itu SKM turut memberi geran bantuan RM30,000 kepada koperasi baru bagi mengendalikan pengurusan manakala pinjaman RM50,000 dengan kadar faedah rendah akan diberi kepada koperasi untuk menjalankan perniagaan.
 
"Langkah itu sebagai membantu koperasi supaya berkembang maju serta dapat menjalankan perniagaan bagi menambah keuntungan untuk faedah ahlinya," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra bersama pemimpin belia daerah Bera di Dataran Kerayong.
 
Ismail Sabri berkata terdapat lebih 7,000 koperasi berdaftar dengan SKM di negara ini yang menyumbangkan hasil lebih RM7 bilion setahun kepada negara dan 85 peratus daripada jumlah itu adalah koperasi mikro.
 
"Kerajaan mahu koperasi dan syarikat swasta merebut setiap peluang bagi mengembangkan lagi ekonomi negara selain menepati sasaran untuk melahirkan lebih banyak usahawan, koperasi maju dan berdaya saing," katanya.