BARU-baru ini bila aku pulang ke Gerik, aku dapati terdapat kegilaan terbaru remaja di sana iaitu menangkap Tokek.
Khabarnya ada peraih yang datang membeli spesis cicak itu dengan harga yang sangat mahal hingga mencecah ratusan ribu ringgit.
Tokek
Bagi anda yang tidak tahu apa itu Tokek, berikut sedikit maklumat mengenainya. Tokek atau nama saintifiknya Gekko gecko merupakan cicak hutan besar yang terdapat sekitar di Asia Tenggara.
Cicak ini mempunyai bintik bintik oren atau merah dibadannya dengan kepala yang besar. Pada musim mengawan, si jantan akan membuat bunyi bising, tock-keh! tock-keh (asal usul namanya).
Ia bersifat teritorial , tetapi kadang kadang hidup dalam kumpulan yang kecil yang terdiri daripada jantan, betina dan beberapa ekor anak kecil.
Ia bersifat teritorial , tetapi kadang kadang hidup dalam kumpulan yang kecil yang terdiri daripada jantan, betina dan beberapa ekor anak kecil.
Geruk
Geruk pula seakan Tokek, tetapi cicak ini tidak mempunyai bintik oren atau merah. Kepalanya pula lebih kecil dan matanya berwarna hijau. Geruk atau mudah ditemui di Malaysia, Borneo, Thailand Indonesia hingga ke Pulau Andaman.
Ia mempunyai tabiat yang sama dengan Tokek , cuma bunyinya berbeza iaitu geruk! geruk! ( asal usul namanya)
Ps: Dulu kalau Geruk masuk rumah, orang buat kenduri tolak bala. Sekarang kalau Geruk masuk rumah, orang buat kenduri kesyukuran sebab buleh jual Geruk tu.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteada gambar penuh GERUK ni tak? Saya nak buat perbandingan dgn yang saya bela. Nak pastikan sama ada geruk atau bukan.. Terima kasih.
ReplyDelete